Search This Blog

Wednesday, August 4, 2010

SENARAI SULTAN-SULTAN JOHOR

Sultan Johor Pertama- Sultan Mahmud Shah I (1511-1528)

Pada 15 Ogos 1511, Melaka telah diserang oleh Portugis lalu baginda Sultan Mahmud Shah I melarikan diri ke Bertam, Batu Hampar, Pagoh seterusnya ke Pahang, Bentan dan akhir sekali Kampar. Baginda mangkat di Kampar pada tahun 1528 disebut " Marhum Kampar "



Sultan Johor ke-2 - Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali / Raja Alauddin / 1528-1564)

Sultan Alauddin Riayat Shah II telah pergi ke Pahang menemui Sultan Mahmud Shah ( Sultan Pahang 5). Baginda telah memperisterikan Puteri Kesuma Dewi (anak marhum Sultan Mansur Shah - Sultan Pahang 4 ). Pada tahun 1529, baginda ke Hujung Tanah dan membuka Pekan Tua (Kota Kara). Pada tahun 1535, seramai 400 askar Portugis yang diketuai Estavao Da Gamma telah menyerang Johor. Baginda melarikan diri ke hulu iaitu Rebat, Sayong. Seri Nara Diraja (pembesar sultan) kemudiannya meninggal di Sayong disebut " Datuk Nisan Besar " . Susulan peristiwa itu Sultan Muzaffar Shah (Sultan Pahang 6) telah datang ke Sayong. Bagaimanapun pada tahun 1536, Estavao Da Gamma telah menyerang Kota Kara kerana adiknya Paulo Da Gamma dan 30 orang Portugis telah dibunuh oleh orang Melayu. Justeru itu, satu perdamaian telah dimetrai antara kedua-dua belah pihak. Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah II berpindah dan membuka Johor Lama. Baginda telah pergi ke Aru bagi membantu Ratu Aru dari ancaman Acheh. Pada tahun 1564, Sultan Acheh Sultan Alauddin al-Qahar mengalahkan Aru dan manghalau orang-orang Johor. Kemudian Sultan Acheh telah menyerang Johor Lama dari Aru. Sultan Alauddin Riayat Shah II ditawan dan dibawa ke Acheh dan dibunuh disana disebut " Marhum Syahid di Acheh ".



Sultan Johor ke-3 - Sultan Muzaffar Shah II (Raja Muzafar / Radin Bahar / 1564-1570)


Sultan Muzaffar Shah II bersemayam di Johor Lama sebelum berpindah ke Seluyut pada tahun 1565. Baginda tidak suka Johor tunduk kepada Acheh. Pada tahun 1568, baginda menghantar tentera membantu Portugis sekaligus mengundang kemarahan Acheh. Pada tahun 1570, baginda mengkat di Seluyut disebut "Marhum Mangkat di Seluyut".



Sultan Johor ke-4 - Sultan Abd Jalil Shah I (Raja Abdul Jalil / 1570/ 1571)

Sultan Abdul Jalil Shah I adalah anak saudara kepada Sultan Muzaffar Shah II. Ketika berusia 8 tahun baginda telah ditabalkan sebagai Sultan, melalui wasiat Sultan Muzaffar Shah II. Sultan Abdul Jalil Shah I mangkat tiba-tiba dipercayai mungkin diracun. Bendahara Tun Isap Misai (pembesar sultan) meninggal dan dikebumikan di Seluyut.



Sultan Johor ke-5 - Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar / 1570/71 - 1597)


Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berasal dari Pahang, suami kepada Raja Fatimah (adik Sultan Muzaffar Shah II, bapa kepada Sultan Abdul Jalil Shah I). Pada asalnya pembesar ingin melantik Raja Abdullah, anak Sultan Muzaffar Shah II, tetapi dibantah oleh Raja Fatimah dan mahukan suaminya dilantik sebagai Sultan. Tun Sri Lanang dilantik sebagai Bendahara. Pada tahun 1571, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Tanah Putih selama dua tahun. Pada tahun 1573, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Johor Lama dan membaik pulih semula kota Johor Lama. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II bersahabat semula dengan Acheh (Acheh bergabung dengan Johor menentang Portugis). Pada tahun 1576 dan 1578 Portugis menyerang Johor Lama tetapi ditewaskan. Januari 1573, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II menyerang Melaka dan hampir dapat menawan semula Melaka. Pada 21 Julai 1587, angkatan Portugis yang diketuai Antonio de Noronha ke Johor membedil Kota Johor lama dan merampas harta. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berundur ke Batu Sawar pada tahun 1587. Pada tahun 1589, Batu Sawar diserang dan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II melarikan diri. Apabila Portugis balik ke Melaka, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II datang semula ke Batu Sawar memulihkan kekuatan. Pada tahun 1596, Raja Fatimah mangkat, dan dikebumikan di Seluyut sebelah anaknya Sultan Abdul Jalil Shah I dan abangnya Sultan Muzaffar Shah II. Pada tahun 1597, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II mangkat di Batu Sawar dan disebut " Marhum Batu Sawar ".


Sultan Johor ke-6- Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur / 1597-1615)


Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Batu Sawar. Pemerintahan diserah kepada sepupu / saudara (berlainan ibu) Raja Abdullah dengan gelaran "Yang Di Pertuan Hilir" di Kota Seberang bertentangan Batu Sawar. Pelbagai bangsa datang ke Batu Sawar menjadikan ia masyhur. Sultan Alauddin Riayat Shah III mengadakan hubungan baik dengan Belanda serta membenarkan Belanda meletakkan pegawainya di Batu Sawar. Selama 11 tahun Sultan Alauddin Riayat Shah III berpindah ke Pasir Raja, tetapi Batu Sawar masih berfungsi sebagai pusat pemerintahan. Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja dengan bendahara Tun Sri Lanang. Pada tahun 1610, Sultan Alauddin Riayat Shah III berbaik dengan Portugis menyebabkan Acheh berasa marah sewaktu dibawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Jun 1613, Acheh telah menyerang Johor hingga berlarutan selama dua bulan, namun Johor telah ditewaskan. Sultan Alauddin Riayat Shah III, Raja Abdullah, Tun Seri Lanang, pembesar dan dua puluh orang Belanda ditawan serta dibawa ke Acheh. Kemudian kedua-dua belah pihak membuat perdamaian dan Sultan Alauddin Riayat Shah III bersama tahanan dibenarkan pulang ke Johor. Tetapi Sultan Alauddin Riayat Shah III tetap meneruskan hubungan dengan Portugis dan Belanda, tindakan ini menimbulkan kemarahan keapda Acheh lalu Sultan Alauddin Riayat Shah III ditangkap, dan dibawa semula ke Acheh dan dihukum bunuh. Pada 1615, Sultan Alauddin Riayat Shah III mangkat di Acheh.


Sultan Johor ke-7- Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Mansur / 1615 -1623)


Sultan Abdullah Ma'ayat Shah diangkat oleh Sultan Acheh sebagai Sultan Abdullah Ma'ayat Shah dan bersemayam di Batu Sawar. Pada tahun 1618, Sultan Abdullah Ma'ayat Shah berpindah ke Lingga (Daik) dengan meminta bantuan Belanda dan Orang Laut melawan Acheh. Pada tahun 1623, Acheh menyerang Pulau Lingga untuk memburu Raja Bujang (anak Sultan Alauddin Riayat Shah III). Sultan Abdullah Ma'ayat Shah melarikan diri bersama-sama Raja Bujang ke Pulau Tambelan. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah mangkat di Pulau Tambelan disebut " Marhum Pulau Tambelan ".


Sultan Johor ke-8- Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang / 1623-1677)


Sultan Abdul Jalil Shah III merupakan anak saudara Marhum Tambelan, putera Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pulau Tambelan. Sultan Abdul Jalil Shah III menubuhkan Jemaah Orang Kaya. Pada tahun 1629, ancaman Acheh berkurangan kerana kekalahan teruk kepada Portugis. Pakatan Johor-Belanda berjaya menakluki Melaka pada 14 Januari 1640. Belanda berjaya menakluki Melaka pada Januari 1641, manakala Sultan Acheh, Sultan Iskandar Muda mangkat pada 1636 dan Sultan Iskandar Thani mangkat pada 1641 dan Acheh kemudiannya diperintah oleh Raja Perempuan Ratu Sultanah Tajul Alam. Pada 1641, Sultan Abdul Jalil Shah III datang ke tanah besar Johor iaitu pusat pemerintahan di Makam Tauhid. Selama dua tahun Sultan Abdul Jalil Shah III di Makam Tauhid sebelum berpindah menyeberangi Sungai Damar ke Pasir Raja yang juga dikenali sebagai Batu Sawar pada Oktober 1642. Sultan Abdul Jalil Shah III kekal di Pasir Raja hingga 1673 sebelum bermusuhan dengan Jambi dan meletusnya perang antara Jambi-Johor. Sultan Abdul Jalil Shah III melarikan diri ke Pahang dan bersemayam di Pahang selama empat tahun dan mangkat di Kuala Pahang disebut " Marhum Mangkat di Pahang @ Marhum Besar ".

Sultan Johor ke-9- Sultan Ibrahim Shah (Raja Ibrahim/Putera Raja Bajau / 1677-1685)

Sultan Ibrahim Shah merupakan anak Sultan Abdul Jalil Shah III dilantik sebagai Sultan di Pahang pada 1677. Pada 1678, laksamana Tun Abdul Jamil mengajak Sultan Ibrahim Shah berpindah dari Pahang ke Riau. Sultan Ibrahim Shah cuba untuk membina semula Kota Johor Lama tetapi tidak kesampaian. Sultan Ibrahim Shah mangkat di Pulau Riau pada 1685 disebut " Marhum Bongsu ".



Sultan Johor ke-10- Sultan Mahmud Shah II (Raja Mahmud / 1685-1699)


Sultan Mahmud Shah II ditabalkan menjadi sultan ketika berumur 10 tahun. Urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Di sinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama. Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut " Marhum Padang Saujana ". Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat pada usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan dan disebut sebagai " Marhum Mangkat Di Julang " atau " Marhum Kota Tinggi ".


Sultan Johor ke-11- Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil / 1699-1720)


Sultan Abdul Jalil IV ditabalkan sebagai Sultan kerana Sultan Mahmud Shah II tiada meninggalkan waris. Sultan Abdul Jalil IV merupakan sultan pertama dari keturunan Bendahara. Selepas bergelar Sultan Abdul Jalil IV, baginda menukar pusat pemerintahan ke Panchor pada tahun 1700. Pada tahun 1702, Istana di Bukit Tukul terbakar. Pada tahun 1708, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke Riau dan menjadikan pusat pemerintahan kerajaan Johor. Pada tahun 1716, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke tanah besar Johor dan bersemayam di Panchor. Sultan Abdul Jalil IV mempunyai istana di Makam Tauhid dan Johor Lama. Kota Johor Lama dibaiki dan digelar " Kota Lama ". Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar-kacir kerana pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu ini memberi peluang kepada Raja Kecil menyerang Johor. Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak (Minangkabau) menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik sendiri dirinya sebagai Yang di Pertuan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, pun begitu masih membenarkan Sultan Abd Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah. Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris sultan. Raja Kecil menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV dan disebut " Marhum Mangkat di Kuala Pahang ".

Sultan Johor ke-12-Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah
Nama asalnya ialah Raja Kecil dan juga memakai gelaran Yang Dipertuan Johor dan seterusnya sebagai Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, Sultan Johor ke12 pada 1718-1722. Raja Kecil merupakan orang Minangkabau, yang ingin merebut kuasa sultan dari Sultan Abdul Jalil IV dan 'mengaku' waris Sultan Mahmud Shah II yang sah.
Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar kacir kerana pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu, ini memberi peluang kepada Raja Kecil menyerang Johor. Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak (Minangkabau) menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik sendiri dirinya sebagai Yang Dipertuan Johor dan bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Walaupun begitu, beliau masih membenarkan Sultan Abdul Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah dan diberi jawatan Bendahara. Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris sultan.
Pada tahun 1719, cubaan merampas semula kuasa oleh Sultan Abdul Jalil IV dan anaknya Raja Sulaiman dan Tun Abas, yang berkubu di Seluyut gagal. Sultan Abdul Jalil IV lari ke Kuala Pahang.
Raja Kecil telah berpindah ke Riau dan mentadbir Johor dari Riau. Sultan Abdul Jalil IV berpindah dari Kuala Pahang ke Kuala Terengganu dan pada tahun 1720 balik semula ke Kuala Pahang. Raja Kecil telah menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV. Raja Sulaiman dan Tun Abas dibawa ke Riau tetapi Raja Sulaiman dan Tun Abas tidak mahu tunduk kepada Raja Kecil dan berpakat dengan Bugis Lima Bersaudara dan berjaya mengalahkan Raja Kecil halau balik ke Siak.


Sultan Johor ke-13-Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
Nama asalnya ialah Raja Sulaiman dan seterusnya bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau ke13 oleh Bugis 5 Saudara. Kesultanan Johor diperintah semula oleh keturunan Bendahara. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah kemudiannya dilantik Daeng Merewah (Kelana Jaya Putera) sebagai Yamtuan Muda Johor Pertama.
Di bawah naungan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, kuasa membuat keputusan bukan lagi dari menteri dan jemaah. Hubungan dengan Belanda terjalin melalui Perjanjian 1754. Kemudiannya, Perjanjian 1756 memberi hak monopoli perdagangan timah di Linggi, Kelang dan Kuala Selangor tanpa keizinan raja memerintah. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mangkat di Riau pada Ogos 1760 disebut "Marhum Batangan".

Sultan Johor ke-14-Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah

Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah dilantik sebagai Sultan Johor ke14 pada 1760-1761, menggantikan ayahandanya yang mangkat, tetapi Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah yang ketika itu menetap di Kuala Selangor sedang gering. Lima bulan selepas kemangkatan ayahandanya, tiba-tiba Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah pula mangkat, dipercayai diracun. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah disemayamkan di Riau, berhampiran makam ayahandanya.

Sultan Johor ke-15-Sultan Ahmad Riayat Shah

Sultan Ahmad Riayat Shah, Sultan Johor ke15, dilantik pada 1761 bagi menggantikan ayahandanya. Ketika itu beliau baru berusia sembilan tahun. Kuasa pemerintahannya dipegang oleh Yang Dipertuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat Shah bersemayam di Kampung Bulang, Riau. Pada tahun 1761, pegawai Belanda telah datang dari Melaka menuntut wang ganti rugi perang sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Sultan Sulaiman dahulu.
Yang DiPertuan Muda Daeng Kemboja sanggup membayar gantirugi tersebut dan ini mengukuhkan lagi kuasa Yang DiPertuan Muda Daeng Kemboja . Sultan Ahmad Riayat Shah mangkat di Riau dalam usia yang muda dipercayai diracun dan disebut "Marhum Tengah".


Sultan Johor ke-16-Sultan Mahmud Shah III
Sultan Mahmud Shah III merupakan sultan Johor-Riau-Lingga ke16 pada 1761-1812. Menurut sejarah, Raja Mahmud masih berusia setahun ketika dinobatkan sebagai Sultan menggantikan Sultan Ahmad Riayat Shah (Marhum Tengah) yang mangkat pada tahun 1761, dengan gelaran Sultan Mahmud Syah III. Yang Dipertuan Muda Daeng Kemboja membuat perlantikan dengan meriba Raja Mahmud. Semasa perlantikan, Daeng Kemboja berucap yang maksudnya, "Barang diketahui kiranya oleh suku-suku sebelah Melayu dan Bugis, bahawa sesungguhnya Raja Mahmud inilah Raja Johor dan segala daerah takluknya yang dilantik oleh Bugis sebagaimana melantik nendanya Sultan Sulaiman, iapun demikian jualah. Maka barang siapa yang tiada mematuhi aturan ini, maka pada hari dan waktu inilah kita berhabis-habisan."
Daeng Kemboja menghunus pedangnya. Dan tidak ada seorang pun yang hadir berani membantah keinginan Daeng Kemboja. Lalu Raja Mahmud pun dilantik menjadi Yang Dipertuan Besar atau Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang. Oleh kerana baginda masih bayi, maka pemerintahannya dipangku oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja dengan dibantu oleh penolongnya Raja Haji.
Daeng Kemboja menunjukkan kekuatan melantik Raja Mahmud sebagai Sultan kerana wujudnya perebutan kuasa antara pembesar Bugis dengan pembesar Melayu. Pembesar Melayu mahukan salah seorang daripada saudara-saudara Al Marhum Sultan Abdul Jalil (Raja di Baroh), sama ada Tengku Abdul Kadir atau Tengku Buang, dilantik Sultan. Sedangkan pembesar Bugis yang dipimpin Yamtuan Muda Daeng Kemboja mahukan adinda Al Marhum Sultan Ahmad Riayat Shah yang baru mangkat, iaitu Raja Mahmud.
Semasa pemerintahan Sultan Mahmud III, keadaan daerah takluk Baginda di Riau-Johor-Lingga-Pahang tidak aman kerana masalah perebutan kuasa antara puak Melayu dan Bugis berterusan. Pergolakan politik yang hebat berlaku yang melibatkan pihak Belanda. Dalam satu pertempuran antara Belanda dengan angkatan lanun dari Tempasok, Sultan Mahmud pura-pura membantu Belanda tetapi meriam yang digunakan untuk menyerang lanun tidak berpeluru. Akhirnya Belanda menyerah kalah di Tanjung Pinang dan terpaksa meninggalkan Tanjung Pinang tanpa membawa satu barang pun kembali ke Melaka.
Oleh kerana kuatir Belanda datang semula untuk menyerang balas, maka Sultan Mahmud beserta pembesar-pembesar baginda berangkat meninggalkan Riau (Tanjung Pinang) menuju Pulau Lingga (Daik). Baginda menitahkan agar pusat pemerintahan baru dibangunkan di tempat baru ini. Sejumlah 200 perahu mengiringi baginda ke Pulau Lingga. Sementara itu, Bendahara Abdul Majid yang ketika itu berada di Riau (Tanjung Pinang) bertolak meninggalkan tempat itu bersama 150 buah perahu, pulang ke Pahang. Setelah itu, ramailah orang-orang Melayu meninggalkan Riau menuju Bulang, Selangor, Terengganu, Kalimantan dan pulau-pulau lain di daerah Riau. Yang tinggal hanya orang-orang Cina yang bekerja di ladang gambir dan lada hitam. Kebanyakan ladang yang ditinggalkan oleh tuan punya yang terdiri daripada orang Melayu dan Bugis diambil alih oleh orang-orang Cina. Sejak itu semakin ramailah orang Cina tinggal di pulau itu.
Tidak lama kemudian orang Belanda datang semula ke Tanjung Pinang untuk memperkuatkan semula pertahanan mereka. Kompeni Belanda menempatkan 312 orang tenteranya. Belanda berpendapat jika mereka tidak menguasai Riau (Tanjung Pinang), kedudukan mereka akan terancam, tambahan pula ketika itu Inggeris telah membuka Pulau Pinang.
Pada tahun 1795, Belanda telah mengembalikan semula semua wilayah takluk Sultan Mahmud seperti Riau, Johor dan Pahang kepada Baginda.
Sultan Mahmud membuka Lingga dan menjadikannya pusat pemerintahan Riau-Johor-Lingga-Pahang. Namun akhirnya dengan campur tangan penjajah dan musuh-musuh politik dalaman maka akhirnya pusat kesultanan di Lingga mengecil untuk hanya berkuasa di Riau-Lingga sahaja di bawah naungan kuasa Belanda, manakala Johor-Pahang bernaung pula di bawah kuasa Inggeris. Akibat daripada perpecahan itu juga, pentadbiran kerajaan Riau-Jojor-Lingga dibahagi kepada tiga negeri dan diperintah oleh pemerintah yang berlainan, iaitu Singapura- oleh Temenggung, Riau – oleh Yamtuan Muda dan Lingga – oleh Sultan.
Semasa menjadi Sultan Riau-Johor-Lingga-Pahang, Sultan Mahmud mempunyai beberapa orang isteri:-
Anak Bendahara Abdul Majid di Pahang. Isteri ini mangkat pada tahun 1803 tanpa beroleh anak.

Cik Makuh, anak pembesar Bugis Daeng Maturang, yang juga dikenali dengan nama Encik Jaafar. Dari perkawinan ini lahir seorang putera bernama Tengku Hussain atau Tengku Long.

Cik Mariam anak pembesar Bugis bernama Bandar Hassan. Mereka beroleh seorang putera bernama Tengku Abdul Rahman (Raja Jumaat atau Si Komeng). Pulau Lingga diserahkan hakmiliknya kepada Tengku Abdul Rahman.

Pada tahun 1803, Sultan Mahmud berkahwin dengan Raja Hamidah atau Engku Puteri anak Al Marhum Raja Haji (Marhum Teluk Ketapang). Mereka mempunyai cahaya mata perempuan tetapi meninggal dunia tidak lama setelah dilahirkan. Kata sesetengah orang, Pulau Penyengat yang berhampiran Pulau Bintan dijadikan emas kahwinnya. Pulau ini diperindah dan digelar Pulau Penyengat Indera Mulia. Baginda menyerahkan pulau itu kepada Raja Hamidah sebagai hakmilik peribadinya.
Sultan Mahmud Shah III tetap bersemayam di Lingga dan mangkat pada 12 Januari 1812, setelah bertakhta selama 50 tahun. Baginda digantikan oleh Tengku Abdul Rahman.

Sultan Johor ke-17-Sultan Abdul Rahman Muazzam ShahDilahirkan sebagai Tengku Juma’at pada 1755.Perebutan kuasa oleh Tengku Abdul telah berlaku yang mana sepatutnya Tengku Hussain (Tengku Long) anak sulung Sultan Mahmud Shah III dilantik sebagai sultan.
Perlantikan Tengku Abdul Rahman disokong kuat oleh Belanda kerana akan mendapat kuasa mentadbir pelabuhan seluruh negeri Johor kecuali Riau dan Lingga. Beliau dengan itu dilantik Sultan Johor ke-17 dengan gelaran Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah pad 1812-1819
British mula hendak campurtangan atas kepentingan Singapura dan cuba mempengaruhi Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah melantik Tengku Husin sebagai sultan.
Sultan LinggaDalam tahun 1818, dengan sokongan Yang Dipertuan Muda Riau Raja Jaafar, baginda telah ditabalkan sebagai Sultan dan Yang di Pertuan Besar Lingga bergelar Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman I Mu’azzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Mahmud III Alam Shah dan diperakui oleh pihak Belanda (NEI).Semasa pemerintahan baginda Riau telah menjadi pusat perkembangan dan penyiaran agama Islam.
Pada 1 Syawal 1249H (1823) baginda telah mendirikan Majid Raya di Pulau Penyengat di Riau yang masih ada sehingga hari ini.
Baginda mangkat di Lingga dan dimakamkan di Bukit Chengah (Chengkeh) di Daik, Kepulauan Lingga pada 9 Ogos 1832


Sultan Johor ke-18-Sultan Hussain Shah
Latar belakang

Sultan Hussain Muazzam Shah ibni Mahmud Shah Alam[1] (1776 – 5 September 1835) adalah Sultan Johor ke-18..Sultan Hussain Shah dilantik sebagai sultan pada 6 Februari 1819.
Sebelum Sultan Hussain Shah dilantik sebagai Sultan Johor, Stamford Raffles telah tiba di Singapura dan membuat perhubungan dengan Temenggung Abdul Rahman untuk mendapat kebenaran membina loji dan meletakkan satu kompeni askarnya di Singapura dengan menandatangani Perjanjian 30 Januari 1819. Raffles yang mengetahui mengenai krisis perebutan takhta Kesultanan Johor pada ketika itu telah mengambil peluang untuk melantik Tengku Husin @Tengku Long menjadi Sultan Johor bagi mengukukuhkan kedudukan Inggeris di Singapura.
 Perebutan takhta
Sultan Johor-Riau, Sultan Mahmud Shah III mangkat pada 1812 setelah memerintah selama lebih 50 tahun, tanpa melantik pewaris takhta. Baginda meninggalkan dua orang putera berlainan bonda, kedua-duanya berketurunan Bugis. Sebagai putera yang sulong, Tengku Hussain, pada kebiasannya akan menggantikan Sultan Mahmud berbanding adinda tirinya, Tengku Abdul Rahman yang lebih muda.Walaubagaimanapun, Tengku Hussain, sedang berada di Pahang semasa ayahndanya mangkat.
Tengku Abdul Rahman dengan sokongan orang Bugis yang diketuai oleh Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar telah dilantik menjadi Sultan Johor sebelum Tengku Hussain sempat kembali. Sebagai balasan sokongan yang diberikan oelh Raja Jaafar, beliau telah dilantik sebagai raja muda dan diberi kuasa pentadbiran penuh. Tengku Hussain tinggal di Pahang dan menunggu angin monsoon tiba, dan tidak mengetahui perlantikan adindanya sebagai Sultan, walaupun Raja Jaafar telah menulis surat kepada Tengku Hussain untuk memaklumkan kemangkatan Sultan Mahmud, kerana isi surat tidak menerangkan perlantikan adindanya sebagai Sultan. Surat jawapan telah dihantar dari Pahang ke Lingga memaklumkan perlantikan Tengku Hussain sebagai Sultan oleh Bendahara Tun Ali di Pahang . Tengku Hussain belayar balik kke Lingga bila tibanya angin monsoon, dan telah disambut oleh Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah yang telah menawarkan untuk menyerahkan takhta kepada Tengku Hussain. Walaubagaimanapub, baginda dengan cepat menarik balik tawaran tersebut kerana diancam oleh Raja Jaafar.
Kesahihan pemerintahan Sultan Abdul Rahman dipersoalkan kerana alat kebesaran diraja berada di dalam tangan Raja Hamidah, parmaisuri terkanan Sultan Mahmud Shah III yang telah menyatakan pilihannya Tengku Hussain untuk menaiki takhta. Tambahan pula, Tengku Hussain mendapat sokongan Temenggung dan pembesar Melayu. Ini menyebabkan soal peralihan kuasa bertambah rumit.
Kesan Perlantikan Sultan Hussain
British telah berjaya mengetepikan pengaruh politik Belanda dengan perlantikan Sultan Hussain sebagai Sultan Johor dan Singapura. Ini membolehkan British mengukuhkan pengaruhnya di Singapura dan Semenanjung Malaysia. Walaubagaimanapun, kesahihan perlantikan Sultan Hussain sebagai Sultan Johor dan Singapura, tidak diiktiraf oleh raja-raja Melayu dan jawatan Baginda hanya sekadar nama. Sebaliknya kedudukan Temenggung Abdul Rahman menjadi bertambah kukuh dimana perjanjian yang ditandatangi dengan British membolehkan beliau memutuskan pengaruh Raja Jaafar ke atas beliau.
Belanda pula mengambil langkah berani untuk merampas alat kebesaran diraja daripada Raja Hamidah apabila mendengar khabar angin Sultan Hussain meminta bantuan British untuk merampas alat tersebut. Pada November 1822, Sultan Abdul Rahman telah dimahkotakan sebagai Sultan Lingga oleh Belanda dengan penuh alat kebesaran diraja.
Sultan Abdul Rahman, yang lebih mengabdikan diri kepada agama, menghadkan pengaruh politiknya di Lingga, dimana keluarga Baginda tinggal dibawah pentadbiran. Raja Jaafar yang memerintah dibawah pengaruh Belanda. Walaubagaimanapun, persoalan kekaburan kesahihan kepimpinan tempatan, seperti status Johor dan Pahang, yang merupakan de jure hakmilik Sultan Abdul Rahman dan penggantinya, tetapi Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 tidak membolehkan beliau berkuasa di Johor dan Pahang. Memandangkan hal ini, Temenggung dan Bendahara mula menjadi lebih berkuasa. Tambahan pula, penigkatan pengaruh British di Semenanjung Tanah Melayu dan perubahan politik semasa perlahan-lahan mengurangkan pertelingkahan tersebut. Pada tahun 1857, Sultan Lingga , Sultan Mahmud IV, yang merupakan de jure ketua Kesultanan Johor, Pahang dan Lingga, telah menuntut haknya sebagai pemerintah negeri-negeri tersebut dan menyebabkan perang saudara di Pahang.
Sultan Hussein on his part, did not pursue any active claim to his sovereignty rights over Johor, even after Temenggong Abdul Rahman died in 1825, and his successor, Temenggong Ibrahim was still a youth at the time of Temenggong Abdul Rahman's passing. Sultan Hussein spent much of his time at his Singapore residence in Istana Kampong Glam until 1834, when he moved to Malacca. Reports cited that he was a dispirited man, apparently with the lack of power and authority that he should be accorded as the Sultan.
 Pemerintahan
Sultan Hussain dikenali sebagai Sultan yang menandatangani dua perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris yang membolehkan penubuhan Singapura moden; dimana beliau telah diiktiraf sebagai Sultan Johor dan Singapura pada 1819, dan Sultan Johor pada 1824. Kuasa Sultan Hussain ke atas Singapura hilang setelah menandatangani Perjanjian 2 Ogos 1824 dengan British (John Crawford) untuk menyerahkan Singapura dan pulau sekitarnya.
Peranan Sultan Hussain lebih sebagai pemerintah boneka dibawah telunjuk Inggeris. Perlantilan beliau tidak mendapat pengiktirafan raja-raja Melayu terutama di tahun awal pemerintahannya. Pada akhir pemerintahannya dan diawal pemerintahan anaknya, Sultan Ali sebagai Sultan Johor, pengiktirafan terhad telah diberikan oleh sebahagian raja-raja Melayudan pihak Inggeris memperoleh kepentingan ekonomi dan politik.Sultan Hussain Shah berpindah ke Melaka pada 1834 dan mangkat di Tengkera, Melaka setahun kemudian pada September 1835, dan dimakamkan di Masjid Tengkera.

Sultan Johor ke-19-Sultan Muhammad Ali Iskandar Shah
Tengku Ali, anakanda Sultan Hussain Shah, diistiharkan sebagai Sultan Johor ke-19, pada 16 September 1840, dengan gelaran Sultan Ali Iskandar Shah ibni Hussain Muazzam Shah untuk menggantikan ayahndanya, apabila Baginda mangkat pada 1835. Walaubagaimanapun, perlantikan baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris.Selama 20 tahun berikutnya, tuntutan Sultan Ali ke atas jawatan Sultan Johor hanya diiktiraf oleh pedagang dan beberapa orang Melayu. Seperti ayahndanya, Sultan Ali lebih merupakan pemerintah boneka dan memainkan peranan kecil di dalam pentadbiran negeri, yang terletak di bawah bidang kuasa Temenggung dan British. Baginda adalah seorang sultan yang lemah dan dibayangi oleh Temenggungnya, Temenggung Daeng Ibrahim. Satu peristyharan oleh the British pada bulan September 1840 memberikan baginda sebagai pewaris yang sah Sultan Hussain Shah, tetapi bukan pengiktirafan sebagai "Sultan Johor".
Pada 10 Mac 1855, Sultan Ali memeterai sebuah perjanjian dengan pihak British di Singapura. Dalam perjanjian ini, Sultan Ali bersetuju melepaskan haknya terhadap Johor (kecuali Kesang) kepada to Temenggung Daeng Ibrahim, dengan balasan pengiktirafan rasmi sebagai "Sultan of Johor" oleh British dan elaun bulanan. Selepas penyerahan Johor, Sultan Ali telah diberikan kuasa pentadbiran ke atas Muar sehinga kemangkatannya pada 1877, dan untuk tujuan pentadbiran Baginda dikenali sebagai "Sultan Muar".

Tahun-tahun awal


Pada tahun 1840, Johor mula menerima peneroka Cina (kebanyakannya daripada Swatow dan Chaozhou), Temenggung Ibrahim yang mentadbir negeri mengenakan cukai ke atas peneroka ini, sebagai sumber pendapatan beliau. Walaubagaimanapun, tidak seperti Temenggung Ibrahim, Sultan Ali tidak melibatkan diri di dalam hal ehwal negeri tetapi pada masa yang sama mengadu tidak menerima elaun yang mencukupi daripada British.Dalam pada itu, kesetiaan orang-orang Melayu di Johor kepada pemerintah mula berpecah belah diantara sokongan kepada Sultan Ali dan Temenggung Ibrahim. Walaubagaimanapun, perpecahan kesetiaan ini tidak menyebabkan sebarang persengketaan besar. Pada masa yang sama, seorang pedagang Inggeris, W.H. Read, menjaga cap mohor Sultan Ali sebagai balasan untuk melangsaikan hutang baginda. Read adalah penyokong kuat tuntutan Sultan Ali untuk diiktiraf sebagai pemerintah Johor yang sah serta berhak keatas hasil negeri, dengan Temenggung Ibrahim sebagai wakil baginda. Disebabkan tekanan ekonomi dan politik pedagang tersebut, Gobenor British telah menimbangkan untuk memberi pengiktirafan tersebut, tetapi telah mendapat tentangan hebat daripada Temenggung Ibrahim dan anaknya, Abu Bakar.
Pada awal tahun 1850an, Johor telah berada dibawah kuasa Temenggung; pengikut-pengikut Sultan Ali telah disingkirkan secara paksa oleh pengikut-pengikut Temenggung.
Penyerahan Johor
Beberapa rundingan diantara Sultan Ali dan Temenggung Ibrahim berlangsung dimana British telah menjadi orang tengah, selepas Sultan Ali menimbulkan persoalan mengenai hak Temenggung Ibrahim untuk menerima kesemua hasil negeri. Pada mulanya, the Temenggung Ibrahim bercadang untuk membahagi dua hasil negeri dengan syarat Sultan Ali menyerahkan hak untuk menuntut kedaulatannya ke atas Johor. Syarat tersebut tidak diterima Sultan Ali. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mendapatkan campur tangan British, diantaranya,Gabenor British untuk Negeri-negeri Selat, Colonel William Butterworth, dan penggantinya, Edmund Blundell telah dilantik sebagai orang tengah.
Pihak British lebih menyenangi prospek Temenggung Ibrahim mengambilalih pentadbiran Johor daripada Sultan Ali. Tuntutan Sultan Ali berkenaan hak kedaulatannya ke atas Johor telah disangkal oleh British. Temenggung Ibrahim pula telah membangkitkan kenyataan bahawa ayahnda Sultan Ali, Sultan Hussain Shah tidak pernah membuat usaha untuk menuntut hak kedaulatannya ke atas Johor walaupun baginda telah diiktiraf oleh British di dalam Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Pada masa itu, Johor berada dibawah tanggungjawab Temenggung Abdul Rahman seperti juga Pahang yang berada di bawah tanggungjawab Bendahara. Dokumen-dokumen lain pula menunjukkan sekiranya Johor berada dibawah kuasa Sultan, de jure kedaulatan tersebut sepatutnya berada di bawah Sultan Lingga, Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dan bukan Sultan Ali. Temenggung Ibrahim dan Sultan Ali menyerahkan cadangan mereka kepada Gabenor British pada bulan April 1854. Temenggong bersetuju keatas permintaan Sultan Ali untuk diiktiraf secara simbolik sebagai Sultan Johor, tetapi berkeras mahu mengekalkan kuasa penuh ke atas Johor. Sebaliknya Sultan Ali telah menyatakan hasratnya untuk memerintah wilayah Kesang yang terletak ditebing sebelah utara Sungai Muar sehingga ke sempadan Melaka dengan alasan sebahagian nenek moyangnya di makamkan di sana. British telah memujuk Temenggung Ibrahim untuk menerima permintaab Sultan Ali. Akhirnya, Temenggung Ibrahim telah bersetuju dengan permintaan tersebut.Satu perjanjian telah ditandatangani pada 10 Mac 1855, dimana Sultan Ali secara rasmi menyerahkan hak kedaulatannya ke atas Johor kepada Temenggung Ibrahim kecuali wilayah Kesang. Sebagai balasan, Sultan Ali telah diberi jaminan diiktiraf sebagai "Sultan" oleh Temenggung Ibrahim dan British. Baginda juga menerima pampasan berjumlah $5000 dan elaun bulanan sebanyak $500 sebulan daripada Temenggung.

 Sultan Muar(Kesang)

Sultan Ali mewakilkan pentadbiran Kesang kepada Temenggung Paduka Tuan Muar dan banyak menghabiskan banyak masa di Melaka. Kesang tidak banyak penduduk pada tahun 1855 dan hanya ada 800 penduduk tanpa sebarang struktur kerajaan. Pada tahun 1860, Sultan Ali dilaporkan meminjam $53,600 daripada seorang Ceti, Kavana Chana Shellapah. Sultan Ali menandatangani satu perjanjian dengan Shellapah untuk menggunakan sebahagian daripada elaun bulanan baginda untuk membayar pinjaman tersebut. Walaubagaimanapun, Sultan Ali tidak dapat membayar pinjaman tersebut mengikut jadual. Ini menyebabkan Shellapah marah dan menulis surat kepada kerajaan British pada tahun 1866. Setelah dipaksa membayar pinjamannya mengikut jadual, Sultan Ali telah menyerahkan hak untuk berdagang di Kesang kepada Temenggung Ibrahim sebagai cagaran sekiranya baginda tidak dapat menjelaskan pinjaman mengikut jadual.Hubungan Sultan dan Temenggung Ibrahim tetap tegang; pada tahun 1860, Sultan Ali membenarkan seorang Bugis, Suliwatang, ketua Rembau dan Sungei Ujong untuk menetap di Kesang dan bersiap untuk menyerang Johor. Hubungan buruk diantara Sultan Ali and Temenggung Ibrahim berterusan sehingga anak Temenggung Ibrahim, Abu Bakar, yang menggantikan ayahandanya yang mangkat pada tahun 1862. Tidak lama selepas Abu Bakar menjadi Temenggung Johor, baginda menghantar surat kepada Sultan Ali untuk menegaskan kedaulatan Johor ke atas Segamat. Pertikaian yang berterusan berkenaan kedaulatan Segamat membawa kepada perperangan diantara pengikut Temenggung Abu Bakar dan Sultan Ali. Sebelas tahun kemudian iaitu pada tahun 1873, usaha Suliwatang untuk memungat ukai daripada penduduk di muara Sungai Kesang menyebabkan lebih banyak konflik dengan pengikut Temenggung Abu Bakar yang mula menggunakan gelaran Maharaja pada tahun 1868.
Semasa pemerintahan Sultan Ali, tidak banyak aktiviti ekonomi di Kesang. Walaubagaimanapun, baginda mewakilkan tugas memungut cukai kepada Suliwatang dan wakilnya. Pada tahun 1868, Sultan Ali melantik Babu Ramasamy, seorang guru berketurunan Tamil untuk memungut cukai di Kesang. Pada tahun 1872,seorang pelombong berbangsa Eropah telah diberikan hak melombong secara eksklusif di Kesang selama lima tahun oleh Sultan Ali. Tiga tahun kemudian, seorang rakyat Amerika telah diberikan konsesi untuk membeli tanah seluas 45 batu persegi di Kesang oleh Sultan Ali.
 Sultan Ali menghabiskan masa tuanya di Umbai, Melaka, dan menyara hidupnya dengan elaun bulanan yang diberikan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris. Baginda mendirikan sebuah istana dan tinggal bersama permaisuri ke-3 iaitu Cik' Sembuk sehingga beliau mangkat pada 20 Jun 1877 dan Makam Sultan Ali terletak di Masjid Umbai, Melaka di Laluan Persekutuan 5.
Sebelum Baginda mangkat, Sultan Ali telah mewasiatkan wilayah Kesang kepada Tengku Mahmood yang berumur 11 tahun, putera Almarhum Sultan dan Cik Sembuk yang berasal dari orang kebanyakan. Keputusan baginda menerima tentangan daipada sebahagian orang Melayu di Singapura yang berpendapat Tengku Alam sepatutnya menjadi pewaris wilayah Kesang memandangkan beliau adalah putera sulong baginda dengan Daeng Siti, anak seorang pembesar Bugis.
Apabila Sultan Ali mangkat, hak penjagaan wilayah Kesang telah diletakkan di bawah kuasa Ungku Jalil, abang kepada Sultan Ali. Ungku Jalil telah menyerahkan hak penjagaan wilayah Kesang kepada Maharaja Abu Bakar, selepas kerajaan British mengadakan pemilihan Temenggung Paduka Tuan Muar dan ketua-ketua masyarakat di Kesang telah memilih Maharaja Abu Bakar untuk memimpin mereka. Gebenor British telah menyerahkan pentadbiran wilayah Kesang kepada Maharaja Abu Bakar. Ini menyebabkan Tengku Alam dan pengikutnya tidak berpuas hati. Tuntutan berterusan Tengku Alam ke atas wilayah Kesang telah menyebabkan Perang Jementah pada 25 Olktober 1879.


Sultan Johor ke-20-Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim

Sultan Abu Bakar ibni Ibrahim (Tulisan Jawi: المرحوم سلطان سير ابو بكر ابن المرحوم تماڠڬوڠ دايڠ إبراهيم سري مهاراج جوهر ) (lahir 3 Februari 1833 - mangkat 10 Mei 1895) telah menggantikan bapanya Temenggong Daeng Ibrahim bagi mentadbir Johor dari 1862-1895. Beliau berumur lebih kurang 28 tahun semasa bapanya meninggal dunia. Beliau memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. Beliau ialah sultan pertama Johor moden.
Temenggung Abu Bakar adalah seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana. Beliau telah memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggung dan membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga. Pada 1 Januari 1866, beliau telah menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor. Temenggung Abu Bakar memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil "Sistem Kangcu".
Temenggung Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan kosmopolitan Barat dan digelar Bapa Johor Moden. Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat.
Beliau telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, beliau sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England, untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan negara. Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, ratu Great Britain pada masa itu. Ratu Victoria telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868 dan seterusnya beliau memakai gelaran Maharaja Johor.
Kemudiannya, baginda telah menguasai seluruh wilayah Johor, iaitu setelah Sultan Ali mangkat pada tahun 1877. Selepas Sultan Ali mangkat, Tengku Alam (anak Sultan Ali) membantah pemerintahan Muar/Kesang diserah sementara kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan "Perang Jementah" pada 1879 tetapi gagal.
Baginda juga pernah merasmikan Penjara Johor Bahru pada tahun 1883.
Pada 1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Maharaja Abu Bakar juga diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari luar.
Maka mulai 1 Julai 1886, baginda memakai gelaran sultan dengan gelaran Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah. Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.
Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah mangkat di Eropah pada 10 Mei 1895 dan disemayamkan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sultan Johor ke-21-Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar

Sultan Sir Ibrahim Sultan Abu Bakar (17 September 1873 - 8 Mei 1959; gelaran penuh: Sultan Ibrahim al-Mashur ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar) memerintah Johor dari tahun 1895 hingga 1959. Baginda merupakan sultan yang ke-22 di negeri Johor, Malaysia, dan yang ketiga di bawah Dinasti Temenggong. Dinasti Temenggong telah dimulakan dengan bantuan pihak British di bawah Sir Stamford Raffles.
Diputerakan sebagai Tunku Ibrahim Iskandar di Istana Bidadari, Serangoon, Singapura, Sultan Ibrahim merupakan anakanda tunggal kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim dan Inche Zubaida binti Abdullah Inche Besar (isteri kedua Sultan Abu Bakar). Baginda belajar di bawah guru peribadi.
Pada 23 Mei 1891, Baginda dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar, Johor Bahru. Sultan Ibrahim menaiki takhta pada 4 Jun 1895 semasa kemangkatan Sultan Abu Bakar. Baginda diisytiharkan sebagai sultan pada 7 September dan dimahkotai pada 2 November.
Berlatarbelakangkan pendidikan Inggeris sejak kecil, baginda diberi perhatian penuh sebagai bakal pengganti Sultan dan ketika menjadi Putera Mahkota pada usia 17 tahun, beliau pergi ke Eropah buat julung kalinya pada Jun 1890. Baginda melawat Jerman, Switzerland, Perancis dan England.

Pemerintahan
Sultan Ibrahim meneruskan usaha ayahandanya dan mengekalkan kebebasan dan kedaulatan Johor. Oleh sebab baginda tidak mahu dijajah oleh pihak British, baginda melakukan pelbagai perubahan dan pindaan terhadap perlembagaannya pada tahun 1895. Kerumitan pentadbiran kewangan negeri Johor dan kebarangkalian meletusnya perang besar di Eropah (Perang Dunia Pertama) menimbulkan kerisauan dan perasaan gelisah di kalangan pentadbir British. Mereka mendesak Sultan Sir Ibrahim untuk menerima Penasihat Inggeris untuk membantu mentadbir negeri Johor. Sultan Sir Ibrahim pada hakikatnya kehilangan kebebasan mentadbir negeri Johor. Sebagai balasan, Pentadbiran Negeri-Negeri Selat (British) bersetuju kepada penubuhan satu pasukan Askar Timbalan Setia yang berikrar taat setia kepada Sultan Johor. Askar Timbalan Setia boleh dilihat sebagai tentera peribadi Sultan Johor.
Melalui pindaan pada tahun 1914, Sultan Ibrahim telah membenarkan orang asing bukan rakyat Johor, termasuk rakyat British, menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Seterusnya pada tahun itu juga, Sultan Ibrahim menerima seorang Penasihat Am British. Tugasnya adalah menasihati baginda dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan negeri Johor. Walau bagaimanapun, Penasihat Am tidak mempunyai kuasa seperti kuasa Residen di negeri-negeri Melayu yang lain, dan nasihatnya tidaklah semestinya dituruti oleh baginda. Pindaan ini telah menambahkan penguasaan British ke atas Johor secara tidak langsung.

Jasa dan sumbangan

Pembinaan hospital serta pejabat kerajaan.

Menaungi badan pakatan Bahasa Melayu (Pakatan Bahasa Persuratan Buku Di-Raja Johor)

Meneruskan pembinaan Masjid Abu Bakar yang diusahakan ayahandanya, Sultan Abu Bakar

Lagu rasmi Johor, 'Lagu Selamat Johor' ciptaan M Galistan (seorang pemuzik dan jurulatih pancaragam) wajib dinyanyikan murid sekolah di negeri itu

 Pelayaran dan pengembaraan

Bagi memperluaskan pengetahuannya, baginda sering ke Eropah khususnya ke England dan beberapa negara lain. pada 12 Mac 1934, beliau mengelilingi dunia diiringi Sultanah Helen dan Setiausaha Sulitnya, Kapten Sheikh Abdullah Yahya.Rombongan bertolak dari Singapura menaiki kapal Jepun, Fujiyama Maru menuju ke Jepun, kemudian singgah di Hong Kong dan Shanghai, China. Ketika di Jepun, Maharaja Jepun menganugerahkan baginda 'First Class Grand London of the Order of Rising Sun' sebagai tanda perkenalan dan persahabatan.Sultan Ibrahim meneruskan pelayaran menaiki kapal Chinchba Maru dari Yokohama menuju ke Honolulu, seterusnya ke Hollywood di San Francisco. Dari Los Angeles, baginda ke Chicago, kemudian ke Washington (Melawat Rumah Putih) dan ke New York.
Dari Amerika Utara, baginda kemudiannya ke England atas jemputan King George V dan Queen Mary.
Baginda turut melawat India, Australia, Indo-China, Thailand dan Kemboja.
Baginda berkahwin sebanyak enam kali, ia itu dengan:
1.Sultanah Maimuna (15 November 1876 - 2 September 1909): Berkahwin di Istana Tyersall, Singapura pada 5 Oktober 1892, Ungku Maimuna ialah anak perempuan Ungku Abdul Majid ibni al-Marhum Tengku Temenggong Sri Maharaja Daeng Ibrahim. Beliau dimahkotai sebagai Sultanah pada 2 November 1895, tetapi mangkat dengan awal pada umur 35.

2.Sultanah Ruqaiya (4 September 1880 - 8 Mac 1926): Beliau dimahkotai sebagai Sultanah pada 30 Ogos 1920.

3.Che Puan Hasana binti Ja'afar: Hasana ialah anak perempuan Dato Ja'afar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama, dan adik kepada Dato Onn bin Ja'afar.

4.Ungku Intan binti Ungku Ahmad: Berkahwin pada tahun 1926, Ungku Intan ialah anak perempuan Ungku Ahmad bin Ungku Muhammad.

5.Helen Bartholomew (21 Disember 1889 - 13 Ogos 1977): Dilahirkan di Glasgow, Bartholomew berkahwin dengan Sultan di Woking, Surrey pada 15 Oktober 1930 dan bercerai pada 31 Disember 1937. Bartholomew ialah janda kepada William Brockie Wilson, Esq., dan Sultan Ibrahim merupakan suaminya yang kedua. Beliau dimahkotai sebagai Sultanah di Istana Besar, Johor Bahru, pada 18 November 1931.

6.Sultanah Marcella Ibrahim (7 November 1915 - 1 Jun 1982): Sultanah Marcella Ibrahim dilahirkan di negara Jerman sebagai Marcella Mendel. Beliau ialah anak perempuan Edgar Mendel dari Rumania. Berkahwin di London pada 6 November 1940, beliau dimahkotai sebagai Sultanah pada 17 September 1955.

Sultan Ibrahim mangkat di Grosvenor House, London pada 8 Mei 1959 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah,Johor Bahru. Baginda mempunyai empat orang anakanda lelaki dan seorang anakanda perempuan. Anakanda-anakanda lelakinya adalah seperti berikut:

1.Seorang anakanda lelaki yang dilahirkan oleh Sultanah Maimuna dan yang mangkat pada Ogos 1893;

2.Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim, juga dilahirkan oleh Sultanah Maimuna;

3.Tunku Abu Bakar ibni al-Marhum Sultan Ibrahim, yang dilahirkan oleh Sultanah Ruqaiya;

4.Tunku Ahmad ibni al-Marhum Sultan Sir Ibrahim, yang dilahirkan oleh Che Puan Hasana.


Sultan Johor ke-22-Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim

Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim (lahir 28 Oktober 1894 - mangkat 10 Mei 1981) . Baginda menjadi Sultan Johor dari 8 Mei 1959 - 10 Mei 1981, menggantikan ayahandanya, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar . Baginda dimahkotai sebagai Sultan Johor di Istana Besar, Johor Bahru pada 10 Februari 1960 dan merupakan Sultan Johor terakhir setakat ini yang ditabal dan dimasyhurkan dengan penuh rasmi. Baginda juga merupakan Canselor pertama Universiti Teknologi Malaysia apabila tertubuhnya universiti tersebut. Setelah mangkat 1981, baginda diganti oleh anakandanya, Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj. Baginda dimakamkan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sultan Ismail telah berkahwin sebanyak dua kali iaitu dengan:
1.Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad yang mangkat pada tahun 1977 akibat kemalangan jalanraya di Muar pada tahun 1976. Baginda berdua dikurniakan 7 orang putera dan puteri tetapi hanya 3 orang anakanda baginda yang hidup hingga dewasa termasuk Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj.

2.Tengku Nora binti Tengku Panglima Raja Ahmad


Sultan Johor ke-23-Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail

DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail al-Khalidi (8 April 1932-22 Januari 2010) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan mulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Baginda mewarisi takhta ayahandanya Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-24 berikutan kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981.Seperti nendanya Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, kebebasan buah fikiran Sultan Iskandar adakalanya menimbulkan ketegangan hubungan dengan kerajaan persekutuan Malaysia, lebih-lebih lagi ketika bertakhta Yang di-Pertuan Agong,[7] ketika baginda sendiri terlibat dalam beberapa peristiwa yang menarik perhatian awam.[8] Meskipun demikian, Sultan Iskandar terkenal kerana keprihatinan baginda terhadap rakyat jelata, dan daripada itu disanjung tinggi oleh ramai, khususnya orang Melayu dan Orang Asli.

Sultan Iskandar (dikenali sebagai Tunku Mahmud Iskandar sehingga tahun 1981) ialah anakanda ketiga kepada Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad, yang lahi pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru.(Baginda ada dua kanda, tetapi kedua-duanya meninggal dunia pada usia bayi.) Tunku Mahmud menerima pendidikan di Sekolah Rendah Ngee Heng Primary School dan Maktab Inggeris (kini Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru. Pada 1952, baginda dihantar ke Australia untuk melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School. Setelah tamat pengajian pada tahun 1953, Tunku Mahmud pergi ke Isle of Wight di United Kingdom untuk memasuki Upper Chinese School selama tiga tahun.Setelah selesai menuntut ilmu, Tunku Mahmud kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1956 untuk menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Johor untuk masa yang singkat, di mana baginda menjadi pegawai kadet yang bertanggungjawab atas hal-ehwal dalam Jabatan Hal-Ehwal Daerah, Tanah dan Perbendaharaan sehingga dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada Mei 1959.

Pada tahun 1956, Tunku Mahmud mengahwini Josephine Trevorrow, dari Cornwall, United Kingdom, dan bersama-sama melahirkan empat orang anakanda, termasuklah putera mahkota, Tunku Ibrahim Ismail, sebelum bercerai pada tahun 1962.Sebelum bercerai dengan Trevorrow, pada tahun 1961, Tunku Mahmud mengahwini Tengku Zanariah dari kerabat diraja Kelantan, lalu bersama-sama memputerakan enam anakanda.Para penganalisa seperti Kate Wharton memerhati bahawa sebarang hubung kait Trevorrow dengan Sultan Iskandar tidak disebut dalam semua biografi rasmi.
Tunku Mahmud dilantik oleh Sultan Ismail menjadi Tunku Mahkota Johor dari tahun 1959 hingga 1961, kemudian menjadi Raja Muda dari tahun 1966 hingga 1981. Pada 29 April 1981, Tunku Mahmud dilantk sebagai Tunku Mahkota sekali lagi sebaik sahaja sebelum kemangkatan ayahandanya.

Keseluruhannya, Sultan Iskandar memputerakan 2 putera dan 8 puteri iaitu:

1.Tunku Kamariah Aminah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine), lahir 11 Julai 1956. Tengku Puteri Johor, berkahwin dengan Tengku Panglima Diraja Sulaiman Shah bin Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ,Selangor.

2.Tunku Azizah Aminah Maimunah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine), lahir 1961. 1986 berkahwin dengan Tengku Mahkota Abdullah bin Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah, Sultan Pahang.

3.Tunku Besar Zabedah Aminah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine)

4.Tunku Mahkota Ibrahim Ismail bin Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine), berkahwin dengan Sultanah Zarith Sofiah binti al-Marhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah ,Sultan Perak.

5.Tunku Mariam Zaharah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)

6.Tunku Aminah Kalsom binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)

7.Tunku Muna Najiah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)

8.Tunku Abdul Majid bin Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah), lahir 1970, Tengku Bendahara, berkahwin pada 13 January 2006 dengan Tunku Teh Mazni binti Tengku Yusof, lahir 1976, anak Tengku Yusof bin Tengku Muhammed Jewa dari Kedah.

9.Tunku Maimunah Ismiliah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)

10.Tunku Noraini Fatimah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)[30]

Sultan Johor
Pada 10 Mei 1981, Tunku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor berikutan kemangkatan ayahandanya, lalu dimasyurkan sebagai Sultan sehari kemudian, beberapa ketika sebelum ayahandanya dimakamkan. Sehubungan dengan itu, adinda baginda Tunku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi, bekas Tunku Mahkota Johor selama 20 tahun di bawah pemerintahan Sultan Ismail, dilantik sebagai Tunku Bendahara Johor lalu memegang gelaran tersebut sehingga meninggal dunia pada tahun 1989. Pada 12 Disember 1981, Sultan Iskandar dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia.
Mengikut sistem beraja bergilir-gilir di Malaysia, Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja pada 9 Februari 1984, tidak lama sebelum berakhirnya penggal Sultan Ahmad Shah dari Pahang pada 26 April 1984.Sultan Iskandar memegang gelaran Yang-Di Pertuan Agong sehingga diambil alih oleh Sultan Azlan Shah dari Perak pada tahun 1989.
Pada 8 April 2006, Sultan Iskandar melantik cucundanya Tunku Ismail Ibrahim, iaitu anakanda Tunku Mahkota, sebagai Raja Muda (pewaris ketiga takhta Johor) dalam majlis pelantikan sempena hari keputeraanya.

 Hal-ehwal dalam negeri

Sultan Iskandar menganjurkan acara rumah terbuka di kediaman rasminya di Istana Bukit Serene, atau di Istana Besar. Pada hari-hari inilah, Sultan dan putera sulungnya Tunku Mahkota mengadakan sesi khas untuk bertemu mesra dengan rakyat Johor. Mengikut adat istiadat, kerajaan negeri mewartakan 8 April sebagai cuti umum negeri untuk meraikan hari keputeraan baginda, yang mana baginda mengurniakan anugerah kehormat kepada rakyat Malaysia yang mempamerkan sumbangan dan pencapaian cemerlang
Tidak lama sebelum menjadi YDPA pada April 1984, Sultan Iskandar mengeluarkan usul agar Orang Asli digolongkan sebagai "Bumiputera Asli", kerana baginda berpendapat bahawa Orang Asli ini berbeza sekali identitinya dari orang Melayu kerana kebanyakan mereka bukan umat Islam. Namun, usul tersebut ditarik balik, sebaliknya kerajaan cuba mengasimilasikan Orang Asli dengan masyarakat Melayu arus perdana.Setelah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda mendermakan gaji baginda untuk jawatan YDPA kepada berbilang lembaga biasiswa yang dibuka kepada semua kaum di Malaysia.
Pada tahun 2007, Sultan Iskandar mengeluarkan titah perintah yang hanya membenarkan gelaran Istana dipakai oleh kediaman dan hartanah yang dimiliki oleh Sultan dan Tunku Mahkota, manakala hartanah yang dimiliki oleh kerabat diraja yang lain dikenali sebagai "Kediaman".Pada Disember 2008, Sultan Iskandar memperkenankan kerajaan negeri untuk mewartakan usul perundangan yang melarang umat Islam daripada mengamalkan senaman yoga, atas sebab bahawa yoga mengandungi unsur agama Hindu yang melanggar ajaran Islam. Permohonan agar meminta perkenan Sultan datang dari Majlis Agama Islam Johor yang bertindak atas arahan Majlis Fatwa Negara
Sultan Iskandar menyempurnakan pembukaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Sultan Iskandar pada 1 Disember 2008, dengan kehadiran Tunku Mahkota dan beberapa menteri jemaah utama. Kompleks ini dinamakan sempena baginda,yang berpandangan optimis akan kejayaannya pada ucapan pembukaan baginda.
 Hubungan luar negeri

Semenjak menaiki takhta, Sultan Iskandar menjalin hubungan erat dengan Singapura, dengan mengembankan silaturahim dengan pemimpin tertinggi Singapura. Amalan ini juga menjadi ikutan anakandanya, Tunku Mahkota dan Tunku Bendahara.Laporan media sentiasa mengetengahkan sambutan mesra yang disampaikan sesama pemimpin kedua-dua negara ketika dalam lawatan, terutamanya pada Julai 1988, apabila kunjungan Sultan Iskandar ke Singapura menandakan[kali pertama seseorang Yang di-Pertuan Agong melawat negara pulau tersebut sejak tahun 1957.Timbalan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Goh Chok Tong menerima pangkat Dato' Paduka Mahkota Johor (Kehormat) dari Sultan Iskandar.
Pada tahun 2007, Sultan Iskandar dikurniakan anugerah Honorary Master Parachutist Wing oleh Menteri Pertahanan Singapura, Teo Chee Hean dan Ijazah Kehormat Doktor Perundangan oleh Universiti Kebangsaan Singapura.
Hubungan dengan Singapura bertukar keruh setelah Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) adalah milik Singapura setelah lama direbut oleh kedua-dua negara. Di sesi pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-12 pada tahun 2008, Sultan menyabdakan pendirian bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Malaysia, n berikrar untuk mencari jalan yang tidak menyalahi undang-undang untuk mengembalikan pulau tersebut ke pangkuan negara.
Sultan Iskandar juga menjalin hubungan erat dengan Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei, lebih-lebih lagi sewaktu baginda memegang gelaran Yang Di-Pertuan Agong. Pada tahun 2006, sekali lagi kedua-dua sultan disaksikan bersama di khalayak ramai, ketika Sultan Hassanal Bolkiah mengunjungi negeri Johor untuk menyabdakan minat baginda terhadap Iskandar Malaysia.


 Akhir hayat dan kemangkatan

Rencana utama: Istiadat pemakaman Sultan Iskandar Johor

Setelah menjalani pembedahan pintas arteri koronari di Amerika Syarikat pada tahun 2000, pihak-pihak yang terdekat dengan Sultan Iskandar melaporkan bahawa gaya hidup baginda semakin perlahan sehingga baginda sekali-sekala keluar bermain golf. Pada Januari 200, baginda pernah dimasukkan ke dalam hospital tempatan untuk merawat penyakit bronkitis.
Pada 22 Januari 2010, Sultan Iskandar mangkat di Hospital Pakar Puteri, setelah dimasukkan pada awal hari itu kerana gering. Kemangkatan baginda pada 7.15 petang, diumumkan secara rasmi pada 11.20 malam oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Almarhum dimakamkan di Makam Mahmoodiah pada jam 2 petang keesokannya, sebaik sahaja tamatnya waktu orang ramai menziarahi persemayaman Almarhum Sultan Iskandar pada waktu pagi
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razakmemendekkan lawatan rasminya ke India untuk menghadiri upacara pemakamannya. Antara tetamu kehormat lain yang hadir termasuk Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, serta Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Menteri Kanan Goh Chok Tong
Puteranya iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyurkan sebagai Sultan Johor yang baru, juga pada 23 Januari.


Sultan Johor ke-24-Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar

 
Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Mahmud Iskandar adalah Sultan Johor ke-25 dan merupakan sultan ke-5 dari Dinasti Temenggong dan dilantik pada 23 Januari 2010 selepas ayahandanya mangkat pada 22 Januari 2010.
Sultan Johor


Pada 23 Januari 2010, perlantikan Sultan Johor dijalankan berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895. Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan perlantikan itu di Istana Besar Johor Bahru pada pukul 10.21 pagi. Mengikut tradisi Kesultanan Johor, baginda mengangkat sumpah sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim.

 Biodata

Sultan Ibrahim Ismail dilahirkan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Baginda merupakan anak sulung daripada 10 adik-beradik. Ibunya isteri pertama Sultan Iskandar, Kalsom binti Abdullah (nama asal Josephine Ruby Trevorrow). Kemudian ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Pada 25 April 1984 semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelapan, baginda dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor.

 Pendidikan

Baginda belajar di Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1, Johor. Kemudian belajar di Trinity Grammar School, Australia pada 1968 - 1970. Seterusnya kembali belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB).
Di samping itu belajar asas-asas agama Islam di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Bahru. Seterusnya dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan. Di Pangkalan tentera Amerika syarikat, Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat baginda mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara. Seterusnya mengikuti Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika Syarikat. Selepas itu, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor.
Baginda menerima sayap penerbangan selepas menerima kursus latihan helikopter di Kem Tentera Kluang. Tuanku juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

 Sukan

Tuanku menyertai kejohanan polo antarabangsa di Singapura, Manila dan Brunei. Sukan lain ialah tenis, luncur layar, menembak dan memandu kereta.
 Sultan Ibrahim Ismail berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah II kerabat diraja negeri Perak pada 1982. Mereka mendapat 5 putera dan 1 puteri, iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar, Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Iman

3 comments:

  1. Sangat bagus sebagai rujukan bagi student saya yg belajar tentang kerajaan Johor. Saya ambil bahan2 untuk dimuatkan ke Galeri Sekolah saya di bahagian Sejarah Kesang dan Johor,

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Salam name saya Megat Abdul Matin Kerabat saya dari Sultan singapore keturunan dari Sultan malaysia dan Indonesia name moyang saya tengku Mohammed Hitam ibni Al-Marhum Sultan Hussain muazzam shah Name tok saya almarhum Tengku Alam Bin Tengku Abdullah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kembalikan zaman kesultanan melayu singapura

      Delete